Sebelum berlakunya serangan anasir luar kepada agama Islam di Langkawi, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) pantas menyekat pergerakkan kumpulan yang dikenali sebagai Hadi Minallah.
Kumpulan berkenaan dikatakan membuat membuat satu perhimpunan di Pulau Langkawi pada Jun lalu.
Pengarah JHEAIK , Datuk Mohd. Yusri Md. Daud berkata berdasarkan,siasatan awal mendapati pertubuhan dari Indonesia itu tidak aktif di Kedah dan sekadar menggunakan pulau peranginan tersebut sebagai lokasi perhimpunan.
“Kumpulan ini berasal dari Indonesia dan berpusat di Singapura. Belum ada cawangan di Kedah termasuk di Langkawi yang mana majlis berkenaan menghimpunkan semua ahlinya dari negeri lain juga.
“Walau bagaimanapun, kita memantau kegiatan mereka ini dan akan mengambil tindakan susulan,” katanya semalam.
Menurutnya, JHEAIK akan bekerjasama dengan pihak polis untuk mengenal pasti penduduk negeri ini yang terlibat dengan pertubuhan tersebut.
“JHEAIK juga menasihatkan agar orang ramai menjauhi kumpulan itu kerana dikhuatiri terpesong daripada ajaran Islam,” katanya.
Terdahulu, video memaparkan tindakan beberapa wanita yang berniqab memeluk dan mencium seorang lelaki dipercayai ketua kumpulan itu dalam satu majlis konvokesyen di Langkawi viral di media sosial sejak semalam.
Tamat