Entah syaitan apa yang merasuk tubuh si bapa ini apabila dengan sengaja menyuap vape ke dalam mulut bayi kecil. Walaupun dilihat sebagai satu jenaka pastinya ia memberi kesan buruk pada kesihatan bayinya itu.

Vape bukan sahaja memberi bahaya kepada penggunanya tapi turut kepada orang sekeliling yang turut sama menyedut asap berkenaan masuk ke dalam rongga paru-paru.

Melalui video yang viral di laman sosial perbuatan seorang bapa sepatutnya melindungi si anak kecil tapi dengan sengaja mendedahkan anaknya dengan risiko masalah paru-paru serta sebagainya.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat seorang lelaki menyuap rokok eletronik ataupun vape ke dalam mulut seorang bayi yang masih kecil.

Meskipun bayi itu tidak menyedut kandungan yang terkandung dalam vape tersebut, rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki itu kerana perkara itu dikhuatiri bakal menjejaskan kesihatan badan bayi tersebut.

Wanita yang memuat naik semula video itu kemudiannya bertindak memaklumkan perkara tersebut kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya tindakan susulan bakal diambil.

Tamat