Pastinya satu yang menggemparkan apabila pengakuan mantan timbalan menteri pertahankan kerajaan PH Chin Tong, apabila Zahid Hamidi turut terlibat sama dan perlu bertanggungjawab berhubung isu projek pembinaan enam kapal tempur pesisir (LCS).

“Zahid jangan cuba nak lari daripada tanggungjawab. Projek LCS telah diluluskan olehnya selaku menteri pertahanan pada tahun 2011.

“Zahid juga yang membuat keputusan untuk menukarkan sistem LCS daripada sistem Sigma (kelas Sigma) kepada sistem Gowind (reka bentuk kelas Gowind) sebelum berunding dan minta nasihat pihak Tentera Laut diraja Malaysia (TLDM),” kata Liew di laman Facebook, hari ini.

Chin Tong mendakwa Zahid perlu memikul tanggungjawab atas penyelewengan dana dan kegagalan projek LCS yang berlaku.

“Beliau mesti jawab kepada rakyat sekarang juga. Jangan lari,” katanya.


Pada 4 Ogos, Pengerusi PAC Wong Kah Woh mengeluarkan kenyataan mengenai penemuan jawatankuasa itu, yang meneliti pengendalian projek LCS.

Laporan itu mendedahkan walaupun tiada satu pun kapal yang siap, Putrajaya sudah membayar RM6 bilion.

LCS pertama sepatutnya dihantar pada 2019 tetapi hanya 44 peratus siap, menurut laporan PAC.

Laporan itu juga mengatakan pandangan panglima TLDM tidak diendahkan oleh Kementerian Pertahanan dan Boustead.

Tamat