Dah selalu sangat menipu pengguna, akhirnya satu pengajaran jelas buat sang scammers apabila disantau oleh mangsa sehingga muntah paku.

RAbang tolong jangan seksa saya, tiga hari saya muntah paku, saya pulangkan duit abang, saya merayu pada abang, saya tak tahan” itu screen shot berkenaan yang menunjukkan rayuan scammers berkenaan.

Situasi itu dikongsikan menerusi tangkap layar perbualan antara dua individu terbabit di aplikasi WhatsApp.

Menurut individu yang dipercayai pembeli, dia berbuat demikian gara-gara bengang dengan peniaga berkenaan kerana menipu dalam urusan jual beli.

Menurut sumber berkenaan, duit yang dibayar ‘lesap’ dan barangan tersebut tidak dihantar kepadanya dalam tempoh yang dijanjikan sehingga sanggup membalas dengan cara halus seperti itu.

“Aku cakap aku buat, kau bayar semula duit aku sebelum aku hantar lagi (santau) pada kau, salah orang kau nak scam,” katanya.

Namun walaubagaimanapun berbagai reaksi warga net melalui ciapan berkenaan, ada yang bersetuju dan ada yang kurang bersetuju.

Jika ditanya pada mereka yang selalu menjadi mangsa scammers, pastinya mereka tahu betapa marahnya apabila ditipu sebegitu.

Tamat