Tahniah buat Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang menyambut hari bahagianya apabila melangsungkan perkahwinan dengan pegawai berpangkat Deputi Superintendan (DSP) secara tidak langsung menamatkan zaman dudanya.

Melalui satu foto, pengantin bagaikan pinang dibelah dua, bersama pasangannya Pegawai polis wanita berkenaan, DSP Fazreena Abdul Karim dipercayai turut mengesahkan perkahwinannya dengan Abdul Hamid melalui satu tangkap layar perbualan melalui aplikasi Whatsapp yang tular di media sosial.

Majlis perkahwinan Abdul Hamid dan Fazreena yang difahamkan bertugas di Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu dipercayai berlangsung baru-baru ini di rumah keluarga pengantin wanita.

Abdul Hamid yang berusia 64 tahun dilahirkan pada 7 Ogos 1958 telah memegang pelbagai jawatan dalam pasukan polis di peringkat daerah, negeri dan Ibu Pejabat Bukit Aman

Antara jawatan yang pernah disandang beliau ialah Timbalan Ketua Polis Gombak, Ketua Cawangan Khas Negeri, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perisikan Luar (E3), Bahagian Ancaman Ekstrimis Luar, Timbalan Pengarah Cawangan Khas I dan Pengarah Cawangan Khas sejak Mei 2018.

Tamat