Penduduk dunia kini terpaksa berhadapan dengan genetik virus baru yang mampu menelan ribuan nyawa manusia, dan sebagainya.

Terbaru, lebih individu di wilayah Shandong dan Henan di Taiwan kini dijangkiti Langya henipavirus (LayV) lapor Pusat Kawalan Penyakit (CDC).

Hasil siasatan mendapati, 26 daripada mereka mengalami simptom seperti demam, keletihan, batuk, hilang selera makan, sakit otot, loya, sakit kepala dan muntah. Malah, mereka juga mengalami penurunan dalam sel darah putih, kiraan platelet yang rendah, kegagalan hati dan kegagalan buah pinggang.

Lebih misteri apabila 35 pesakit itu dikenal pasti tidak mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain dan menerusi pengesanan antara kontak rapat, tiada penularan virus dalam kalangan kenalan rapat serta keluarga.

Berdasarkan kajian A Zoonotic Henipavirus in Febrile Patients in China yang diterbitkan oleh The New England Journal of Medicine (NEJM), virus Langya merupakan sejenis Henipavirus yang dikelaskan sebagai patogen biokeselamatan tahap 4 (BSL4) dan boleh menyebabkan risiko yang tinggi terhadap haiwan dan manusia.

Kajian itu juga menunjukkan genom virus Langya adalah sama dengan Henipavirus yang lain dan berkait rapat dengan Mojiang Henipavirus yang pernah ditemui di selatan China.

Malah, berdasarkan kajian itu virus itu berkemungkinan besar tersebar menerusi haiwan kepada manusia dan tertumpu kepada haiwan jenis cencurut (tikus kasturi) berikutan RNA virus ini kebanyakannya ditemui pada haiwan tersebut.

Ia adalah berdasarkan keputusan ujian terhadap 25 spesies haiwan liar yang membawa kepada 27 peratus ke atas subjek tikus.

Wang Linfa, seorang profesor dalam Program Penularan Penyakit Berjangkit di Sekolah Perubatan Duke – NUS, berkata, terkini tiada sebarang kes maut atau serius yang melibatkan virus ini serta tiada kes penularan dari manusia ke manusia.

Walau bagaimanapun, setakat ini tiada vaksin mahupun rawatan bagi mengubati virus ini melainkan pengurusan komplikasi dan memberikan sokongan.

Tamat