Perangai serupa syaitan apabila seorang lelaki dengan lagak samseng tahi kucing masuk ke dalam surau dengan berkasut tidak memakai baju terus memukul beberapa pelajar tahfiz serta pengajar di Kuala Lipis tadi.

Melalui satu video yang viral itu, lelaki berkenaan menjerit-jerit memukul guru tahfiz sehingga berdarah dikatakan kerana anak saudaranya dibuli.

Video yang diambil secara sembunyi-sembunyi itu turut merakam tenaga pengajar disitu telah dipegang oleh konco-konco lelaki berseluar pendek terbabit.

Tindakan itu dilakukan mungkin untuk mengelakkan dia campur tangan dalam permasalahan antara sekumpulan lelaki dengan beberapa orang pelajarnya.

Menjengah ke ruangan komen kedua-dua posting tersebut, pelbagai maklum balas telah diterima. Rata-rata mereka menyelar tindakan biadap sekumpulan lelaki itu yang seolah-olah mencemarkan tempat beribadah lagi-lagi dengan pemakaian yang tidak sopan.

Tamat.