Kali ini perlu didedahkan haiwan-haiwan perasuah yang merosakkan negara berkenaan penyelewengan dalam pengendalian projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Oleh itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan telah melengkapkan beberapa kertas siasatan terhadap individu-individu yang mempunyai kaitan dengan dakwaan berkenaan.

Suruhanjaya tersebut menerusi satu kenyataan berkata, kertas siasatan itu telah pun dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dengan saranan daripada SPRM untuk mempertimbangkan pertuduhan terhadap beberapa individu.

“SPRM kini sedang menunggu untuk menerima arahan selanjutnya hasil daripada kajian Pejabat Peguam Negara terhadap kertas siasatan tersebut,” kata kenyataan semalam.

Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa beberapa fail telah dibuka bagi tujuan siasatan berhubung skandal LCS sebelum ini memberi rasa lega kepada rakyat yang bencikan rasuah.

SPRM sebelum ini juga memaklumkan telah membuka kertas siasatan berhubung satu projek bagi pembinaan enam buah kapal LCS oleh Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) susulan kegagalan pihak berkenaan menyerahkan kapal tersebut mengikut tempoh ditetapkan.

Mengikut kontrak asal yang ditandatangani pada 2014, Tentera Laut Diraja Malaysia sepatutnya menerima LCS pertama pada April 2019 setelah membuat bayaran sebanyak RM6 bilion.

Tamat