Begitu banyak cakap-cakap mulut pemimpin parti yang mahukan Pilihan Raya tahun ini dan tak kurangnya untuk tahun depan.

Namun hanya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mampu memberi kata putus tarikh sebenar pembubaran Parlimen walaupun didesak beberapa kali oleh Presiden UMNO, Zahid Hamidi yang mahukan PRU dalam masa terdekat ini.

Menurutnya PM pembubaran Parlimen akan berlaku selepas memperoleh laporan penuh Kajian Sikap terhadap pengundi yang dibentangkan wanita Barisan Nasional (BN).

Kajian Sikap ini dilakukan terhadap kesemua pengundi untuk melihat sama ada BN boleh menang atau sebaliknya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

“Saya mahu seluruh wanita dalam Komponen BN melaksanakan Kajian Sikap secara menyeluruh untuk mendapatkan data yang lengkap mengenai lawan kita pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Kita mahu data ini menjadi rujukan kerana kita tidak mahu masuk medan perang tanpa strategi yang tersusun
dan rapi, kita hanya mahu kemenangan berpihak kepada kita,” katanya.

Menurutnya, Kajian Sikap ini tidak boleh tertumpu kepada pengundi putih (penyokong BN) sahaja, bahkan meliputi pengundi hitam (atas pagar).

Tamat