Perjuangan atlet Tomoi Phet Keng Gaiyang Hadao dari Thailand berakhir apabila rebah dan meninggal dunia selepas ditumbuk lawannya dalam pertarungan sempena merdeka kelmarin di Kota Bahru.

Phet Keng dikatakan mengalami pendarahan otak selepas pertarungan dengan peninju tempatan dari Red Army KL yang bernama Hakim.

Video semasa pertarungan yang dirakam oleh penonton di sana turut dimuat naik dan dikongsikan semula oleh laman Facebook berkenaan.

Bagaimanapun menurut Kelab Info Malaysia, Phet Keng terkena tumbukan dari Hakim hingga menyebabkannya rebah dan pengsan di lokasi kejadian.

Peninju itu dikejarkan ke sebuah hospital awam untuk rawatan, namun akhirnya dilapor meninggal dunia di sana tidak lama kemudian.

Sementara itu, kematian Phet Keng turut dimaklumi wakil penganjur yang menggunakan nama akaun Facebook Mark Dba menerusi hantaran di Papaja Ranting Buluh MuayThai.

“Saya wakil dari pihak penganjur dan semua amnya merakamkan salam takziah untuk semua ahli keluarga atas pemergian Didi pagi itu,” katanya dalam hantaran berkenaan

Tamat