Kiblat utama umat Islam, Kaabah di Mekah hari ini dibersihkan menggunakan air zamzam yang dicampur dengan air mawar, oud dan minyak wangi yang lain. Aktiviti Kaabah adalah seperti contoh yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad (SAW).

Telah menjadi satu kebiasaan bagi Raja Saudi atau wakilnya untuk membersihkan Kaabah dari dalam. Tuala digunakan untuk mengelap dinding Kaabah. Dinding dalaman dibersihkan dengan kain putih yang dicelup dalam minyak wangi mawar dan kasturi.

Air zamzam yang dicampur dengan minyak wangi mawar disimbah ke lantai dan disapu dengan tangan kosong serta daun kurma

Upacara tahunan ini kali ini dibuat oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman, timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan, mengetuai upacara membersihkan Kaabah pada awal pagi Selasa.

Sebelum itu, Putera Mahkota melakukan tawaf dan menunaikan solat sunat dua rakaat. Selepas itu, beliau menuju ke bahagian dalam Kaabah sekali gus memimpin upacara membersih dan kemudian menunaikan solat dua rakaat.

Mereka yang menghadiri upacara pembersihan termasuk Gabenor Taif, Putera Saud bin Nahar bin Saud; Gabenor Jeddah Putera Saud bin Abdullah bin Jalawi; dan sebahagian ahli Majlis Ulama Kanan, termasuk Syeikh Saleh bin Abdullah bin Humaid, Syeikh Abdullah bin Muhammad Al-Mutlaq, Syeikh Saad bin Nasser Al-Shathri, dan Syeikh Bandar bin Abdulaziz Balila serta penjaga Kaabah.

Tamat