Sekali pandang kapal layar mewah ini yang lalu di Sungai Perlis itu seakan kapal angkasa filem sains fiksyen pertarungan manusia dan alien pengembaraan galaksi ke galaksi.

Ramai tertanya-tanya siapakah individu yang membelanjakan sejumlah besar wang untuk memiliki sebuah kapal layar mewah berbentuk unik & futuristik tersebut.

Kapal bersaiz kira-kira 43 meter itu diberi nama ‘Adastra’, diambil daripada bahasa Latin — Ad Dastra — bermaksud ‘menuju ke bintang-bintang’. Oleh sebab itu kapal layar mewah tersebut mempunyai reka bentuk yang mendahului zaman pada ketika itu.

Ia dibina oleh McConaghy Boats untuk seorang ‘baron’ perkapalan yang berpangkalan di Hong Kong. Superyacht ini pertama kali diperlihatkan kepada dunia pada 2012 dengan nilainya pada waktu itu sekitar USD10 juta (~RM44.5 juta) serta kos operasi tahunan mencecah USD1 juta (RM~4.45 juta).

Untuk makluman, kapal layar mewah yang melalui muara Sungai Perlis baru-baru ini mengambil masa 4 tahun untuk disiapkan, ini bermakna sejak tahun 2008 lagi pemilik bersama-sama pereka kapal ini (Shuttleworth Design) sudah mempunyai ‘visionary‘ untuk mencipta sebuah masterpiece yang tak lapuk ditelan zaman.

Dalam satu portal pemilik-pemilik superyacht sedunia, pemilik asal kapal layar mewah ini, Antony Marden (Anto Marden) berusia 73 tahun dilaporkan mempunyai nilai kekayaan sehingga USD200 juta (~RM890 juta) melalui beberapa perniagaan seperti Fenwick Shipping yang mula beroperasi sejak tahun 1973 lagi.

Beliau juga memiliki Magsaysay Transport and Logistics Group yang berpangkalan di Manila, sebuah syarikat logistik yang menumpukan pada bidang pengurusan kapal, bunker marin, pembaikan & perkhidmatan marin, dan perundingan marin.

Kebanyakkan syarikat yang dimilikinya fokus pada perkhidmatan logistik, kemudian dikembangkan daripada pengangkutan kepada pelepasan kastam, penghantaran kontena, pergudangan dan pelancongan.

Menurut Anto, beliau merupakan sorang yang gemarkan aktiviti pelayaran dan meluangkan masa bersama ahli keluarganya, jadi dengan hasil kekayaan yang ada, beliau memiliki beberapa pulau persendirian sekitar Asia Tenggara, antaranya pusat peranginan pulau persendirian Pulau Pangkil di Indonesia dan resort butik Pulau Joyo di Kepulauan Riau berhampiran Singapura.

Pada tahun 2019, Anto telah membuat kenyataan mahu menjual kapal layar mewah miliknya dengan harga USD12 juta (~RM53.44 juta). Namun baru-baru ini, laman jual-beli kapal layar mewah Boat International menunjukkan harga terkini Adastra lebih murah, bernilai USD10 juta (~RM44.5 juta) sahaja.

Sementara itu anda boleh lihat gambar-gambar interior kapal layar mewah yang sememangnya sangat selesa untuk berlayar dalam satu jangka masa yang lama. Anto juga pernah mengibarkan bendera Malaysia, dipercayai apabila beliau berada di persekitaran perairan Langkawi sebelum ini.

Ramat