Mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak kali terpaksa menyusun strategi baru apabila peguam bela, Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan Mahkamah Persekutuan di sini hari ini bahawa beliau menarik diri daripada mewakili bekas Perdana Menteri, dalam rayuan akhir beliau.

Beliau juga menyerahkan sebulat-bulatnya sama ada mahkamah akan meneruskan rayuan atau sebaliknya.

Menurutnya, jika permohonan itu tidak dibenarkan dia mahu menarik diri berikutan tidak mempunyai masa yang cukup untuk membuat persiapan.

Panel lima hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat bagaimanapun menolak permohonan itu dan meminta beliau meneruskan prosiding rayuan itu.

Beliau berkata, mahkamah pada Selasa sudah mendengar permohonan itu dan sudah menolaknya.

Tamat