Telatah tiga murid tahun satu ini kini viral diperkatakan apabila dengan ikhlas membantu membuka tali pinggang rakannya yang ingin ke tandas.

Mungkin bagi mereka yang dewasa hanya menganggap perkara berkenaan sebagai benda biasa tapi itulah nilai sebenar persahabatan yang tidak lagi dalam dunia kini.

Menurut seorang guru yang merakam telatah muridnya berkata, murid dikenali sebagai J itu adalah insan istimewa yang memerlukan bantuan dalam hal menguruskan diri sendiri.

“Kawan dia itulah yg tolong bukakan tali pinggang dan juga kemaskan semula baju dia bila dh siap. Selepas itu mereka pimpin tangan balik ke kelas semula sambil ketawa riang.

“Bahkan kadang-kadang kawan-kawannya sanggup menolongnya beratur untuk ambilkan makanan RMT di kantin sekolah. Dia juga seorang yang sangat peramah walaupun dia berbeza daripada murid lain,” katanya.

Menurut guru berkenaan boleh dikatakan semua rakan sekelasnya memberikan lebih perhatian kepadanya walaupun mereka masih di usia 7 tahun.

“Dia adalah bekas murid saya di prasekolah. Dia masih tak pandai mengurus diri sendiri. Bahkan semasa di Tahun 1, dia masih lagi menggunakan pampers..

“Tapi mungkin hari ini dia tak guna pampers. Percakapan dia pun tak berapa jelas (Agak slow). Tapi yang membuatkn saya bangga dia mempunyai ramai kawan di dalam kelas yang cukup prihatin denganya,” katanya.

Tamat