PAS dijangka membuat satu Muktamar Tahunan ke- 68 bagi membincangkan isu-isu serta gerak kerja pilihan raya untuk PRU 15 nanti.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri  Takiyuddin Hassan berkata, dalam usaha berkenaan beberapa usaha perlu dilakukan kerana dijangka seramai 1,300 perwakilan dari 197 kawasan seluruh negara akan hadir ke muktamar yang diadakan di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut bermula 3 hingga 4 September akan datang.

Pada masa sama beberapa penekanan berkaitan gerak kerja pilihan raya akan diberikan melalui ucapan dasar yang akan disampaikan oleh Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, nanti.

“Jumlah itu termasuk 17 orang daripada Majlis Syura Ulamak, 50 jawatankuasa kerja PAS Pusat dan 14 Pesuruhjaya PAS negeri-negeri dan Wilayah Persekutuan,” jelasnya pada sidang media di Kompleks PAS Kedah, petang semalam.

Menurut Takiyuddin berkata, melalui muktamar berkenaan akan membahaskan isu utama iaitu berkenaan Muafakat Nasional serta pendirian PAS terhadap UMNO.

“Terdapat juga usul yang menyentuh berkenaan isu Muafakat Nasional (MN) bersama Umno namun setakat ini tiada yang bercanggah dengan pendirian PAS,” tambah beliau lagi.

Dalam masa yang sama diadakan Pelancaran Jentera Pilihan Raya peringkat pusat yang dijangkakan kehadiran menjangkau 30,000 orang akan diadakan pada malam 3 September.

Sementara itu, katanya lagi muktamar tahunan dewan-dewan akan diadakan di tempat berasingan bermula 1 dan 2 September.

Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat akan diadakan pada 2 September di Dewan Serbaguna Guar Chempedak, pada hari yang sama juga akan berlangsung Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia di Dewan Al-Hana, Sik.

Manakala Muktamar Tahunan Dewan Pemuda pula akan akan berlangsung di Raia Hotel, Alor Setar selama dua hari bermula 1 hingga 2 September.

Seiring dengan itu juga untuk pertama kali akan diadakan Sidang Assabiqun pada 1 September di Hotel Seri Malaysia, Alor Setar dan Konvensyen Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) pada 2 September di Dewan Gandhi, Sungai Petani, jam 4.00 petang.

Tamat