“Ada kalanya kita berasa susah hati dengan ujian dan dugaan. Ada kalanya kita berasa kita … keseorangan,” itu kata rayuan hati mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak melalui media sosial.

Entah apa yang terfikir olehnya belum dapat dipastikan mungkin bakal mengakhiri hari-harinya dengan bercakap mengenai kesepian dan kesendirian.

Susulan hantaran berkenaan turut dimuatkan foto termenung di dekan paip dipercayai tempat berwuduk, ahli parlimen Pekan itu berkata, perjalanan hidup seseorang adalah berbeza antara satu sama lain.

“Kita sentiasa doakan dan harap yang terbaik dalam kehidupan kita. Ada kalanya kita berasa usaha dan kebaikan yang kita lakukan sia-sia.

“Dengan fitnah dan penganiayaan. Dengan harapan yang diakhiri dengan kegagalan,” katanya.

“Dengan keikhlasan yang dibalas dengan pengkhianatan,” katanya.

Walaupun posting berkenaan tidak merujuk kenapa mana-mana individu namun terserlah kedukaan jiwa raganya berhubung kes rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) bernilai RM42 juta.

Perbicaraan rayuan Najib akan bersambung esok dan mahkamah dijangka akan membuat keputusan dalam masa terdekat.

Tamat