Seribu satu soalan menanti semua rakyat apabila UMNO kembali berlagak sebagai abang besar walaupun hanya memiliki menduduki beberapa kerusi Parlimen serta seakan mendesak Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Satu pertemuan diantara pemimpin tertinggi Umno bersama Ismail Sabri dijangka akan berlaku di di Seri Perdana, Putrajaya malam ini.

Menurut sumber pertemuan berkenaan terpaksa dibuat selepas Perdana Menteri tidak hadir dalam satu pertemuan tergempar ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur tadi.

“Malam ini dijangka pemimpin tertinggi Umno termasuk lima tertinggi akan mengadakan pertemuan dengan perdana menteri di kediaman rasmi.

“Ia susulan ketiadaan perdana menteri dalam pertemuan tergempar ketua Umno bahagian bersama pucuk pimpinan parti hari ini.

“Pada pertemuan yang berlangsung hari ini majoriti ketua Umno bahagian bersetuju supaya PRU ke-15 diadakan secepat mungkin,” katanya.

Ketua Umno Sungai Besar Jamal Md Yunos ketika ditemui berkata ketua Umno bahagian yang hadir hari ini sebulat suara bersetuju supaya PRU ke-15 diadakan segera.

Tamat