Bank kini menerima kecaman teruk daripada warga pengguna apabila hanya duduk berdiam diri tanpa mengambil sebarang tindakan membuatkan orang ramai mulai berang.

Bayangkan bukannya kes ini berlaku pada seorang tetapi berlaku setiap hari paling parah ianya melibatkan sejumlah wang dalam nilai yang banyak.

Sebelum ini kecoh kes Pakar Perun­ding Perubatan, Dr. Rafidah Abdullah, yang kehilangan sebanyak RM 13,000 daripada sebuah bank dan pihak bank tidak bertanggungjawab atas kehilangan berkenaan.

Selepas menjadi viral kes doktor berkenaan kini ramai yang mengaku turut mengalami masalah berkenaan

Terbaharu, Natty Lily Elegance berkongsi di akaun Facebook miliknya bahawa beliau telah kehilangan RM11,668 daripada akaun semasa Public Bank. Kedua-dua transaksi ini telah dikeluarkan dalam masa dua saat daripada akaun Ageless Haven Resources ke akaun bank Hong Leong Bank atas nama Mohamed Azri Arbi bin Abdullah.

Yang lebih mengejutkan, mangsa juga tidak menerima sebarang panggilan mahupun SMS berkenaan kejadian transaksi itu termasuklah nombor TAC. Selepas membuat laporan polis dan ke pihak bank terbabit, beliau hanya dinasihatkan untuk menukar kata laluan serta menghentikan perbankan secara online dan hanya berurusan di kaunter.

Beliau juga telah disoal siasat dan dilayan seolah-olah seperti scammer oleh Public Bank kerana disyaki bertanggungjawab memberikan nombor TAC. Public Bank mengesahkan ia kes penipuan scammer di mana telefon miliknya telah digodam.

Malang buat dirinya kerana wang lebih RM11,000 yang hilang itu tidak dipulangkan semula kerana turut telah dikeluarkan daripada akaun milik Azri tanpa pengetahuannya.