Putrajaya: Ramai terkejut apabila Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengemukakan permohonan untuk meminta Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat untuk menarik diri daripada mendengar rayuan akhirnya.

Permohonan itu dikemukakan oleh Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Najib ketika prosiding rayuan dimulakan di Mahkamah Persekutuan di sini, pagi pagi tadi.

Hisyam turut memaklumkan bahawa pihaknya tidak akan mengemukakan sebarang hujahan kecuali membabitkan permohonan itu.

Ia membabitkan kesalahan salah guna kuasa, penyelewengan dan pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana milik SRC International, dimana beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dua tahun lalu.

Ketua hakim negara mengetuai panel lima hakim mahkamah tertinggi yang turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Abang Iskandar Abang Hashim dan hakim mahkamah tertinggi Nallini Pathmanathan, Mary Lim dan Mohamad Zabidin Diah.

Najib dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Beliau disabitkan dan dijatuhi hukuman oleh Nazlan pada 28 Julai 2020.

Pada 8 Dis 2021, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Abdul Karim Abdul Jalil sebulat suara mengekalkan sabitan dan hukumannya. Hakim lain yang bersidang ialah Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin Meera.

Tamat