Hari ini genap sehari Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai banduan di Penjara Sungai Buloh, Selangor, apa yang boleh dilihat kehidupan pemimpin UMNO masih seperti biasa, hanya pihak NGO turun padang memberi sokongan kepadanya.

“Ada tak satu pemimpin Umno yang hadir? Tak ada satu pun pemimpin Umno hadir hari ini,” itu satu laungan kuat daripada Presiden Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia, Syed Muhammad Imran Syed Abdul.

Menurutnya dia mempersoalkan ketidakhadiran pemimpin dan anggota Umno yang selama ini mengaku taat setia kepada pemimpin mereka akhirnya dicapati begitu sahaja.

“Daripada 191 ketua bahagian, jika setiap ketua bawa 100 orang hari ini, ada 19,000 rakyat di sini. Satu bahagian pun tak gerak,” katanya

Dia menyifatkan apa yang berlaku hari ini sebagai “daripada singa akan jadi tikus”.

“Apa nak jadi dengan Umno? Tapi, Umno hanya power (kuat) dalam media sosial, keluar (ke) jalan takut,” katanya kepada pihak media.

Terdahulu, NGO berkenaan menghantar memorandum bagi memohon Yang di Pertuan Agong memberikan pengampunan diraja kepada Najib yang dipenjara bermula semalam atas kesalahan rasuah.

Tamat