Selesai satu bab, apabila Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah dalam kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta, bersama hukuman penjara 12 tahun serta denda sebanyak RM 210 juta.

Namun begitu masih ada ahli politik yang mempergunakan kuasa sewenang-wenangnya serta mengambil rasuah untuk dirinya. Jom kita dekati empat figura lain terlibat sama Dalam perbicaraan mahkamah.

Rosmah Mansor dan sekutu rapatnya iaitu Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi. Begitu juga dengan kes bekas menteri belia dan sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan bekas menteri kewangan Lim Guan Eng.

Najib, Rosmah dan Zahid mula dihadapkan ke mahkamah sekitar 2018 hingga 2019, manakala Syed Saddiq dan Lim sekitar 2020 dan 2021.

Nyata politik rasuah oleh empat figura ini mencemarkan parti yang dibawa mereka mempunyai pemimpin tidak telus, mengamalkan politik wang, sama sekali tidak bersih.

Rakyat kini hanya punyai satu pilihan parti yang belum punyai kes rasuah, telus menguruskan wang rakyat bersandarkan rekod yang ada di negeri pimpinan seperti Kedah, Kelantan, Terengganu.

NAJIB

1MDB Rasuah melibatkan RM2.28 bilion dana 1MDB yang dijadual bersambung esok di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Pada November 2018, dia didakwa dengan empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan haram.

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Dakwaan salah guna kuasa sebagai perdana menteri untuk mengarahkan laporan akhir audit 1MDB dipinda sebelum ia dibentang ke Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), bagi mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya.

Pengubahan Wang Haram SRC International Kes pengubahan wang haram melibatkan RM27 juta dana SRC. Perbicaraan dijadual bersambung pada 28 September ini.

Pecah Amanah Petroleum Investment Company (IPIC) Enam pertuduhan pecah amanah jenayah melibatkan RM6.6 bilion dana berkaitan International Petroleum Investment Company (IPIC).

ROSMAH MANSOR

Projek Pembekalan Tenaga Solar Hibrid
Kes rasuah projek pembekalan tenaga hibrid solar di 369 sekolah di pedalaman Sarawak berjumlah RM1.25 bilion. Dia didakwa meminta rasuah berjumlah RM187.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin melalui bekas pembantunya Rizal Mansor. Mahkamah dijangka memberikan keputusannya pada 1 September ini.

Dua lagi pertuduhan adalah berkenaan menerima RM6.5 juta daripada Saidi.
Rosmah diarahkan membela dirinya pada 18 Februari tahun lalu.

Penggubahan Wang Haram Dia juga kini berdepan perbicaraan melibatkan pertuduhan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai berjumlah RM7 juta. Dia berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

ZAHID HAMIDI Kes rasuah melibatkan jutaan ringgit dana daripada Yayasan Akalbudi. 12 pertuduhan pecah amanah jenayah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram.

Dalam perbicaraan kedua, di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Zahid berdepan 40 pertuduhan berkaitan Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Dia berdepan 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SG$13.56 juta (RM44 juta) daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) ketika menjadi menteri dalam negeri bagi melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan sistem VLN, serta mengekalkan persetujuan kontrak untuk membekal sistem bersepadu VLN.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, dia didakwa mendapatkan SG$1,150,000 (RM3.7 juta), RM3 juta, €15,000 (RM68,700) dan AS$15,000 (RM66,000) untuk dirnya daripada syarikat sama, berkaitan dengan tugasan rasminya.

Lim Guan Eng

Empat pertuduhan berkaitan projek terowong dasar laut Pulau Pinang berjumlah RM6.3 bilion.

Dua pertuduhan berkaitan dakwaan menggunakan kedudukannya sebagai ketua menteri Pulau Pinang untuk mendapatkan 10 peratus daripada keuntungan projek itu serta menerima RM3.3 juta suapan daripada ahli perniagaan Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.

Empat pertuduhan lagi berkenaan dakwaan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan negeri dilupuskan kepada dua syarikat yang dikatakan mempunyai kaitan dengan projek terowong berkenaan.

Pada 10 Ogos lalu, seorang jurunilai swasta dalam keterangannya berkata nilai sebenar dua hartanah itu adalah RM300 juta, berbeza dengan kenyataan dua pegawai Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) negeri sebelumnya bahawa tanah terbabit bernilai hanya RM80 juta.

Rasuah

Ahli perniagaan Phang Li Koon didakwa bersubahat dengannya dalam kes itu.
Isteri Lim, Betty Chew Gek Cheng juga didakwa dengan tiga pertuduhan pengubahan wang haram.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Kes penyelewengan melibatkan RM1.12
Dia dituduh selaku ketua Pemuda Bersatu yang diberi kepercayaan mengawal dana, bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali – ketika itu bendahari – untuk melakukan pecah amanah jenayah berjumlah RM1 juta.

Bagi pertuduhan kedua, Syed Saddiq didakwa menyalah guna RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise untuk diri sendiri dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu.

Dia juga berdepan dua pertuduhan terlibat dalam pengubahan wang haram, iaitu dua transaksi yang masing-masing berjumlah RM50,000 yang didakwa diperoleh daripada kegiatan haram, dari akaun banknya ke akaun ASB miliknya.

Tamat