Projek Bekalan Air Sejahtera selesaikan masalah sumber air di Kubang Kerian untuk keperluan harian penduduk serta domestik.

Menteri Alam Sekitar Dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya kini sedang memastikan bekalan air di Kelantan mencapai purata lebih 90 peratus.

“Saya perkenalkan inisiatif khas Projek Bekalan Air Sejahtera untuk membantu rakyat Kubang Kerian mendapat akses bekalan air dengan segera.

“Satu lagi kaedah yang dilakukan bagi memastikan penduduk atau komuniti kecil mendapat bekalan air ialah pembinaan telaga tiub.

“Pada masa sama KASA melaksanakan banyak projek pembinaan loji rawatan air baharu termasuk projek Wakaf Air di Kelantan,” katanya.

Tamat