Warga pendatang yang kini semakin ramai membanjiri dan membiak di Malaysia semakin biadap apabila dengan sengaja menunjukkan isyarat lucah kepada anggota polis yang sedang bertugas dalam kejadian di Lot 10, Bukit Bintang tengah malam semalam.

Menurut siasatan awal mendapati bahawa kejadian itu berlaku di hadapan sebuah pusat beli belah kira-kira pukul 12.15 tengah malam semasa orang ramai sedang menikmati ambang merdeka.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata bahawa suspek merupakan bukan warganegara Malaysia.

“Polis telah menahan serta membuka kertas siasatan ke atas suspek lelaki bukan warganegara yang berusia 39 tahun berkenaan.

“Lelaki terbabit kini direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995 dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Tambahnya lagi, orang ramai dinasihatkan agar tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan yang melanggar undang-undang di negara ini.

Tamat