“Langsung rasa tak bersalah merosakkan landskap yang disemai cantik semangat tu dah bagus.. tapi caranya tak betul,” itu satu kecaman daripada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melalui medium Facebook apabila pengunjung yang hadir dengan selamba memijak-mijak pokok hiasan.

Pihak DBKL turut kecewa dan berang dengan sikap segelintir pengunjung yang hadir ke pertunjukan perarakan hari kemerdekaan semalam kerana telah merosakkan persekitaraan.

“Seronok Min tengok lautan manusia membanjiri jalan-jalan sekitar Dataran Merdeka pagi tadi bagi bersama-sama meraikan sambutan Hari Kebangsaan. Semangat cintakan negara seperti inilah yang kita mahu.

“Tapi dalam pada itu, ada pula sesetengah di kalangan kita yang langsung tak mempedulikan persekitaran dan keindahan kawasan.. kata DBKL.

Kecaman berkenaan turut disambut secara positif oleh warga netizen yang mencintai alam sekitar apabila segelintir pengunjung merosakkan lanskap di sekitar Kuala Lumpur.