Seakan tidak percaya isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, iaitu Datin Seri Rosmah Mansor turut mahu menggunakan cara modus operandi yang sama digunakan oleh suaminya untuk menukar Hakim Mohamed Zaini Mazlan daripada mendengar atau membuat keputusan berhubung kes itu.

Pada masa ini, pendengaran ditangguhkan sementara bagi membolehkan peguam Datuk Jagjit Singh yang mewakili Rosmah bersedia untuk berhujah.

Semasa prosiding, Jagjit memohon supaya prosiding pada Khamis ditangguhkan ke tarikh lain, bagi membolehkan pihaknya menyediakan afidavit balasan.

Bagaimanapun, Mohamed Zaini meminta mereka meneruskan juga hari ini perbicaraan berkenaan.

*Anda memfailkan sijil perakuan segera pada sebelah petang, sebelum sambutan kemerdekaan dan saya telah membacanya ketika cuti umum.

“Anda sepatutnya sudah bersedia, saya sudah membacanya dan merasakan tiada keperluan untuk menyangkal,” katanya.

Pada Selasa, Rosmah, 71, menfailkan permohonan supaya Mohamed Zaini menarik diri daripada kes itu.

Rosmah menggunakan alasan tular di media massa dan elektronik pada 26 Ogos lalu berhubung kebocoran keputusan penghakiman kes yang dihadapinya, disediakan oleh pihak lain, bukannya hakim itu.

Isteri Datuk Seri Najib Razak itu memfailkan notis usul berkenaan menerusi Tetuan Akberdin & Co dengan menamakan Pendakwa Raya selaku responden.

Tamat