“Apa jua muafakat politik kita tak boleh ketepikan rakan kita daripada Bersatu, tanpa mereka Umno pun tak mungkin berada dalam Kerajaan Persekutuan hari ini,” itu kata tegas daripada Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man apabila merasmikan Muktamar Tahunan Pemuda PAS di Kedah, hari ini.

Menurutnya apa pun perbezaan dalam sebelum ini, Umno tidak mungkin akan berada dalam kerajaan jika tidak kerana Bersatu.

“Apa jua muafakat politik kita tak boleh ketepikan rakan kita daripada Bersatu, tanpa mereka Umno pun tak mungkin berada dalam Kerajaan Persekutuan hari ini.

“Takkan bila kita tiba-tiba menang jadi kerajaan kita nak ketepikan sahabat kita.

“Kita berkawan waktu susah dan senang, dalam situasi yang gawat atau situasi yang tenang. Muafakat politik bukan sesuatu yang sementara tetapi menentukan hala tuju negara ke mana sebenarnya negara hendak di bawa kemana rakyat nak dibawa,”

Menurutnya jangan hanya kerana mahu mengekalkan kekuasaan dalam kerajaan jadi perlu khianat kepada muafakat yang pernah dibuat sebelum ini.

Pada masa sama, Tuan Ibrahim berkata, pihaknya juga selesai berbincang berkenaan soal agihan kerusi untuk PRU 14 yang bakal tiba.

Tamat