Sebagai ahli politik mahupun pemimpin perlu ada sifat tenang dan tidak mudah melenting, namun lain pula dengan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari yang dikatakan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang pengguna Twitter berhubung isu penyahwartaan Hutan Simpan Bukit Cherakah seluas 406.22 hektar.

Pada masa sama, Pusat Kewartawanan Bebas Malaysia (CIJ) dalam kenyataan Twitter berkata adalah ‘berbahaya’ bagi seorang menteri besar membuat kenyataan sedemikian.

“Ancam rakyat biasa dengan saman fitnah adalah satu bentuk ugutan.

“Sebagai pegawai kerajaan, adalah berbahaya untuk menetapkan duluan seperti ini kerana ini boleh menjejaskan dan menyenyapkan penyertaan orang ramai, dan boleh menimbulkan kesan menggerunkan terhadap kebebasan bersuara,” kata kumpulan itu hari ini.

Naya Pak Karim apabila seorang MB mahu terus menyaman rakyat biasa yang risaukan keadaan alam sekitar ini.

Nada yang sama disuarakan kumpulan alam sekitar, Klima Action Malaysia (KAMY) yang meminta menteri besar Selangor itu untuk “menghentikan ugutan”.

Dalam rantaian Twitter yang sama, kumpulan alam sekitar itu menyatakan rasa kecewa dengan keputusan kerajaan negeri melaksanakan penyahwartaan Hutan Simpan Bukit Cerakah bagi mengelak risiko tindakan undang-undang oleh syarikat berkepentingan.

“Berhenti alihkan beban kerugian & kerosakan kepada generasi akan datang,” kata kumpulan itu, yang menggunakan tanda pagar #SaveBukitCherakah .

Tamat