Demi memastikan tiada nyawa terkorban walaupun seekor kerbau sebuah ambulans akhirnya mengalami kemalangan apabila bertembung dengan pacuan empat roda di Jalan Kota Belud-Kota Kinabalu, sekitar jam 1.30 pagi semalam.

Dikatakan ambulans berkenaan cuba mengelak seekor kerbau yang melintas secara mengejut menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan.

Walaubagaimanapun pemandu ambulans dan pacuan empat roda serta doktor, jururawat dan pesakit wanita selamat yang terbabit dalam kemalangan itu selamat.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, kemalangan membabitkan ambulans dipandu lelaki berusia 40 tahun dan pacuan empat roda Isuzu D-Max yang dipandu lelaki berusia 28 tahun.

Menurutnya ambulans Hospital Kota Marudu yang dalam perjalanan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu itu turut dinaiki doktor berusia 30 tahun dan jururawat berusia 41 tahun serta pesakit wanita berusia 37 tahun.

“Ketika di lokasi kejadian, ambulans itu terlanggar kerbau yang melintas jalan menyebabkan pemandu hilang kawalan lalu masuk ke lorong bertentangan sebelum terlanggar pacuan empat roda.

“Kedua-dua pemandu bersama tiga penumpang termasuk doktor, jururawat dan pesakit tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59).

Tamat