Raja paling lama memerintah Britain, Ratu Elizabeth II akhirnya meninggal dunia pada usia 96 tahun di Istana Balmoral Scotland semalam.

Istana Buckingham, dalam satu kenyataan ringkas, memaklumkan kemangkatan baginda dan bermulanya tempoh berkabung selama 10 hari.

Dikatakan sebelum ini ratu berkenaan sudahpun berada dibawah pemantauan perubatan kerana krisis kesihatan.

Sebelum ini dilaporkan Ratu Elizabeth menghidap ‘episodic mobility problems’ sejak hujung tahun lalu.

Tamat