“Saya sokong Terengganu dan saya yakin seluruh rakyat Malaysia juga menyokong Terengganu kecuali Johor” itu kata Menteri Besar Kedah bagi menghangatkan suasana bola sepak Malaysia dalam perlawanan akhir Piala FA menentang Johor Darul Takzim (JDT) menentang Terengganu FC Sabtu ini.

Beliau berkata, sokongan itu bukan sahaja kerana isterinya berasal dari Terengganu malah pendiriannya sendiri yang memberi sokongan kepada pasukan yang diletakkan sebagai bukan pilihan (underdog).

Saya sokong Terengganu kerana isteri saya orang Terengganu, buat masa ini saya belum kahwin dengan orang Johor lagi.

“Semua rakyat Malaysia akan sokong Terengganu, kalau tak percaya, tunggu,” tegasnya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Kedah sempena Sukan Malaysia (SUKMA) di Dewan Seri Mentaloon, di sini, hari ini.

Final Piala FA 2022 itu akan berlangsung pada 10 September ini di Stadium Nasional Bukit Jalil menyaksikan TFC akan menentang JDT yang merupakan Juara Liga Super lapan kali berturut-turut.

“Sungguhpun begitu andainya pasukan TFC kalah, saya akan menerimanya dengan lapang dada dan hati yang terbuka,” katanya.

Tama