Tiada apa yang kekal di dunia ini harta, pangkat, darjah kebesaran, akhirnya terlucut jua, itu yang berlaku kepada Najib Razak dan Rosmah Mansor apabila semua darjah kebesaran dianugerahkan oleh Sultan Selangor, ditarik semula.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menarik balik darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri yang dikurniakan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 1992 dan 2004, berkuat kuasa hari ini.

Selain itu, gelaran Datin Paduka Seri yang dikurniakan kepada isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, pada 2005 turut ditarik balik

Sebelum itu, Sultan telah bertitah, pengampunan diraja tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya dan harus mengikut lunas undang-undang dan prosedur, tegas Sultan Selangor.

Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata rakyat mesti faham proses pengampunan perlu dilaksanakan mengikut lunas dan prosedur yang diperuntukkan bahawa Perlembagaan dan undang-undang berkaitan.

“Beta menzahirkan sokongan padu terhadap titah Yang di-Pertuan Agong berkaitan dengan kuasa prerogatif pengampunan yang tidak boleh dilaksanakan sewenang-wenangnya demi kepentingan pihak tertentu,” katanya dalam kenyataan.

Sultan Sharafuddin mengikuti dengan rapat perkembangan isu berkaitan sistem pentadbiran keadilan negara kebelakangan ini, dan menyeru rakyat agar sentiasa menghormati kedaulatan undang-undang dan kebebasan badan hehakiman.

Tamat