“Keadaan Najib juga sihat sebelum dibenarkan discaj daripada HKL,” itu kata
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah semalam dalam kenyataanya.

Menurutnya menerusi satu kenyataan media, pemeriksaan dan ujian berkaitan telah dijalankan oleh pakar-pakar perunding kanan bertauliah yang terdiri daripada ketua-ketua perkhidmatan klinikal bagi bidang masing-masing.

“Najib telah dimasukkan ke HKL pada hari ini sebagai kes elektif (bukan kecemasan) untuk memastikan kesihatan beliau berada pada tahap yang baik dan optimum,” katanya.

Menurut Dr Noor Hisham, HKL juga telah mengadakan sidang keluarga sebanyak dua kali yang telah dihadiri oleh bekas perdana menteri itu dan ahli keluarganya dan mereka telah dimaklumkan mengenai keputusan sebulat suara pakar-pakar perunding agar dia dibenarkan keluar.

“Dimaklumkan juga bahawa jenis-jenis ubat yang dipreskrib semasa kemasukan wad adalah yang sama jenisnya dan dalam senarai ubatan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).

“KKM komited dan telus dalam pemberian perkhidmatan kesihatan kepada mana-mana individu, namun pada masa yang sama mempunyai tanggungjawab mematuhi tata etika kerahsiaan pesakit di bawah Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012).

“Sebarang maklumat terperinci mengenai kesihatan seseorang pesakit boleh dikemukakan kepada mahkamah sekiranya diarahkan mahkamah,” katanya.

Tamat