Tudia bukan nak kata, tapi terbukti depan mata apabila ahli parti paling lama memerintah Malaysia kini akhirnya mengikut jejak sama presidennya apabila terlibat rasuah.

Sudahlah Najib didapati bersalah dan dipenjarakan, kes rasuah Zahid Hamidi belum selesai, kini dua orang pimpinan UMNO Pulau Pinang juga direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salahguna kuasa dengan mengeluarkan wang parti itu berjumlah RM600,364.87 bagi kegunaan peribadi dan syarikat milik sendiri.

Perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 49 dan 73 tahun itu dikeluarkan Majistret Georgetown, Rosnee Mohd Radzuan, bermula hari ini hingga 19 September depan.

Ia bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dilakukan terhadap kedua-duanya.

Terdahulu, kedua-dua suspek tiba di pekarangan Mahkamah Georgetown, di sini pada jam 10.15 pagi dengan memakai baju lokap SPRM.

Difahamkan, dua lelaki terbabit ditahan SPRM Pulau Pinang semalam selepas menerima aduan mengenai penyalahgunaan kuasa ketika mereka memegang jawatan itu.

Sekitar 2018, kedua-dua lelaki berkenaan disyaki bersubahat dalam menggunakan kedudukan mereka bagi mendapatkan wang rasuah menerusi pengeluaran wang daripada akaun bank milik UMNO Bahagian.

Wang terbabit dipercayai bagi kegunaan diri mereka sendiri serta kepada syarikat milik mereka iaitu sebuah yayasan dan kebajikan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM600,364.87.

Tamat