“Media mempunyai kebebasan sepenuhnya asalkan laporan itu tepat dan bertanggungjawab. Saya beri jaminan berhubung kebebasan akhbar,” itu jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam di Majlis Apresiasi Pavilion Malaysia Ekspo 2020 Dubai.
Menurut beliau media mempunyai kebebasan sepenuhnya selagi laporan yang diterbitkan itu tepat dan bertanggungjawab.
Sebelum ini, terdapat dakwaan daripada beberapa pihak termasuk segelintir tokoh wartawan mempertikaikan pelantikan Farrah Naz Karim sebagai Pengarang Kumpulan akhbar New Straits Times (NST) yang baharu dengan mendakwa ia dibuat atas campur tangan politik.
Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJM) dan Gerakan Media Merdeka (Geramm) turut membangkitkan kebimbangan mengenai laporan berita bahawa NST menggantikan pengarang kumpulan organisasi itu berikutan campur tangan sebuah parti politik.
Tamat