Istilah integriti kembali panas apabila dimainkan semula oleh Lim Guan Eng, serta Syed Saddiq setelah mereka lupa kegagalan memerintah selama 22 bulan sebelum ini.

Ketua Pemuda Perikatan Nasional Ahmad Fadzli Shaari berkata kedua-dua ahli politik daripada barisan Pakatan Harapan itu kini mempunyai rekod tidak bersih apabila terbabit kes rasuah serta pecah amanah.

“Lim Guan Eng sendiri sedang dibicarakan di Mahkamah atas tuduhan meminta dan menerima rasuah bersabit projek terowong dasar laut di Pulau Pinang, semasa beliau menjadi Ketua Menteri.

“Begitu juga dalam kes perbicaraan melibatkan rakan mereka dari MUDA, Syed Saddiq. Beliau sedang berhadapan kes pecah amanah melibatkan wang parti lamanya,” katanya.

Menurutnya pihak sebelah sana Pakatan Harapan perlu menyuluh cermin ke muka sendiri terlebih dahulu menjadi agen mengadu domba.

Ada juga kes yang didakwa melibatkan pegawai-pegawai kanan, atau pegawai Menteri-menteri PH. Semuanya senyap sepi, bisu tanpa ulasan dan teguran dari mereka sendiri.

Rakyat tertanya, apa sebenarnya pendirian PH dalam isu integriti? Adakah hanya berdegang bila libatkan lawan mereka sahaja, dan kunci mulut bila libatkan pemimpin sendiri?

Tamat