“Kita setuju untuk terus mengurangkan penggunaan plastik sekali guna dan akan mengenakan caj pencemaran sebagai langkah awal,” itu kata Menteri Alam Sekitar Dan Air Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya pihaknya (KASA) beriltizam untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna bagi memacu agenda pelestarian alam sekitar selaras dengan Pelan Hala Tuju Malaysia ke arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030.

“Kita akui pembentukan budaya akan mengambil masa yang lama.

“Justeru, susulan mesyuarat MEXCOE (Mesyuarat Menteri-Menteri Alam Sekitar dan Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri yang Bertanggungjawab Mengenai Alam Sekitar.

Menurut beliau, sehingga Disember 2021, sebanyak tiga negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Johor telah melaksanakan inisiatif itu.

Katanya, kutipan caj pencemaran itu dibelanjakan bagi tujuan pelestarian alam sekitar dan program kesejahteraan rakyat.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah membentangkan dua kertas pertimbangan iaitu Perancangan Pembangunan Mampan Bagi Pelestarian Alam Sekitar dan Tindakan Pengawalan Pencemaran untuk Meningkatkan Kualiti Alam Sekitar.

Menurutnya JAS turut membentangkan dua kertas makluman lagi iaitu mengenai Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) yang akan disambut pada 21 Oktober 2022 di Pahang dan pemerkasaan program Rakan Alam Sekitar (RAS).

Beliau berkata, MEXCOE juga berbincang mengenai status pelaksanaan caj pencemaran plastik oleh kerajaan negeri.

Tambahnya, KASA mendapat mandat daripada mesyuarat Majlis Negara bagi kerajaan tempatan ke-76 untuk mengenakan caj pencemaran minimum 20 sen bagi setiap helaian beg plastik yang dilaksanakan melalui pihak berkuasa tempatan.

Tamat