Pastinya selepas ini ramai akan terkenangkan bekas Menteri Kerja Raya paling epik di Malaysia Samy Vellu yang dilaporkan meninggal dunia pagi tadi.

Bekas presiden MIC dan menteri kabinet S Samy Vellu meninggal dunia pada usia 86 tahun.

Demikian menurut bekas menteri kesihatan Dr S Subramaniam, yang juga bekas presiden MIC, dalam hantaran Facebook pagi ini.

“Dengan rasa sedih dan pilu saya menerima berita tragis pemergian Tun Samy Vellu mantan presiden MIC dan menteri legenda dalam kabinet Malaysia daripada anaknya DS Velpari.

“Bagi kebanyakan kami, dia adalah mentor utama.

“Sumbangan beliau kepada negara dan masyarakat India akan kekal dalam ingatan kami,” kata Subramaniam.

Samy Vellu memimpin MIC selama 31 tahun, dari 1979 hingga 2010.

Beliau juga antara menteri Kabinet paling lama berkhidmat, iaitu selama 25 tahun.

Beliau dilantik sebagai menteri kerja raya dari 1983 hingga 1989 dan 1995 hingga 2008, serta menteri tenaga, komunikasi dan pos dari 1989 hingga 1995.

Selain itu, Samy Vellu merupakan Ahli Parlimen Sungai Siput dari 1974 hingga 2008.

Dia tidak memberikan butiran lanjut mengenai kematian Samy, tetapi difahamkan pesara ahli politik itu meninggal dunia pagi ini di kediamannya di Kuala Lumpur.

Tamat