Pakatan Harapan kini dilihat menggunakan proksi MUDA dalam usaha mendekati anak muda selepas mereka gagal sepenuhnya pemerintahan selama 22 bulan lalu.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Abdul Rahman Faudzi dengan lantang kini melabelkan usaha Pakatan Harapan bagai tikus membaiki labu.

“Berdasarkan rekod yang ada, cukup membuatkan rakyat sengsara mengenang kembali zaman PH memerintah, dikacaunya sistem ekonomi, diganggunya akidah umat Islam.

“Bukankah Islam dan syariatnya yang didaulatkan mesti menjadi aqidah dan pegangan kerajaan, perlembagaan negara dan segala urusan pemerintahan,” katanya.

Abdul Rahman berkata, Pakatan Harapan tidak melaksanakan manifesto yang telah mereka janjikan malah menafikan pula.

“Golongan cauvinis dan ekstrimis dalam Pakatan Harapan bagai tikus membaiki labu. Pelbagai dasar dan polisi bukan hanya dirungkai, malah turut menjadi punca pelbagai kekacauan dalam pepaduan dan keharmonian masyarakat.

“Sikap anti-Islam Pakatan Harapan yang menebal dan mendalam telah menanam persepsi buruk masyarakat terhadap mereka,” katanya

Menurutnya Pemuda PAS Johor tidak akan membiarkan pisang berbuah dua kali, cukuplah pengalaman yang dipersembahkan kepada kami selama 22 bulan itu menjadi pengajaran dan iktibar buat rakyat Malaysia.

Tamat