Itu yang diulas oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkaitan seorang wanita yang berpakaian ihram seperti lelaki di Makkah diminta tampil bagi membantu siasatan.

“Patutnya dia perlu berani tampil ke hadapan sebab dia berani tunjuk gambar berada di sana (Makkah) dengan berpakaian ihram seolah-olah ingin menimbulkan provokasi, mengapa perlu takut,” katanya.

Pada 1 September lalu Idris dilaporkan berkata individu berkenaan telah pulang dari Tanah Suci namun masih belum mendapatkan maklumat bagi mengesannya.

Menerusi video yang tular pada 12 Ogos, wanita berkenaan berada di Makkah dengan lengkap berpakaian ihram seperti jemaah umrah lelaki dan difahamkan menggunakan visa pelancong dan bukan menerusi khidmat agensi.

Tamat