“Pas Kedah melihat usaha dilaksanakan PH sepanjang tempoh 22 bulan memerintah, merugikan umat Islam dan rakyat Malaysia,” itu kata yang dasar oleh Ketua Penerangan Pas Kedah, Mohd Azam Abd Samat.

Menurut beliau PH perlu ditolak berdasarkan tempoh 22 bulan pemerintahannya sebelum ini yang merugikan umat Islam dan rakyat di negara ini.

“PH cukup dinilai dengan politik dendamnya, rakus dalam tindakan, pilih kasih dalam tuduhan penghakiman, salah guna kuasa dan banyak lagi tindakan mereka akan membawa bencana kepada negara.

“Mereka merencanakan perpecahan dalaman serta melemahkan politik umat Islam dalam negara kita. Sesuai dengan apa yang ditulis dan ditegaskan oleh Tuan Guru Presiden Pas baru-baru ini, maka Pas Kedah amat menyokong ketegasan tuan guru,”, katanya.

Menurut Azam berkata, ratifikasi ICERD, Statute Rom, “manifesto bukan kitab suci”, isu skandal rasuah terowong, projek tambak tiga pulau buatan dan pelbagai provokasi politik menyebabkan rakyat tidak dapat tidur lena cukup membuktikan PH kekal sebagai pembawa bencana buat rakyat Malaysia.

“Jom sokong Pas dan gagasan penyatuan ummah dan menolak khemah besar PH untuk Malaysia yang Sejahtera.

“Kita perlukan kerjasama bersama parti politik, badan bukan kerajaan (NGO), aktivis yang tidak ekstrim diperlukan bagi memperkukuhkan keharmonian masyarakat majmuk dalam negara ini,” katanya.

Menurutnya, Pas mempunyai ‘pengalaman panjang’ dengan DAP yang menjadi antara komponen parti politik dalam PH. Cukup banyak janji dan persefahaman yang mereka tidak tepati di samping campur tangan dalam usaha Pas mengangkat Islam sebagai cara hidup.

Tamat