Lain macam pelajar sekarang, jika dahulu sekiranya bergaduh hanya melibatkan kaki serta tangan tanpa sebarang senjata namun kini turut melibatkan berbagai senjata.

Terbaru seekor anak buaya dibawa ke sekolah untuk dijadikan senjata semasa bergaduh, tidak cukup dengan itu buaya berkenaan turut dilemparkan arah lawan bagi mencederakan pelajar lain.

Menurut laporan akhbar tempatan salah seorang daripada mereka dilihat melempar anak buaya kepada pihak lawan untuk dijadikan senjata dalam pertempuran tersebut.

Pada klip video seterusnya, pemuda terbabit dirakam menggendong anak buaya tersebut ketika dibawa ke balai polis.

“Bergaduh bawa senjata tajam, batu, kayu, kaca sudah biasa. Kali ini luar biasa kerana bergaduh bawa anak buaya,” demikian menurut keterangan pada video tersebut.

Ketua Polis Duren Sawit, Komisioner Polis Marbun mengesahkan bahawa terdapat seorang pelajar sekolah menengah yang membawa anak buaya ketika bergaduh sesama mereka.

Menurutnya, polis telah merampas reptilia itu dan menyerahkannya kepada pihak yang berkaitan.

“Semua pelajar yang terlibat pula telah ditahan dan dibawa ke balai polis. Seramai 11 orang ditahan,” kata Marbun

Tamat