Golongan Kluster mahkamah yang terlibat dengan pertuduhan wang haram, rasuah, kini semakin risau serta mendesak untuk mengadakan Pilihan Raya 15 lebih awal bagi menyelamatkan diri mereka.

Tokoh politik yang mendesak PRU 15 lebih awal antaranya Zahid Hamidi turut terlibat beberapa kes mahkamah, pertuduhan rasuah, penggubahan wang haram. Pastinya mulai kecewa dengan mesyuarat Kabinet semalam kerana tidak membincangkan mahu pun menyentuh tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang berkata, mesyuarat Kabinet hanya membincangkan persiapan menghadapi banjir berikutan amaran dikeluarkan Jabatan Meteorologi (METMalaysia).

“Mengikut maklumat METMalaysia pada Oktober akan berlaku banjir sama ada awal atau akhir bulan, kita tidak pasti.

“Jadi kita perlu membuat persiapan. Jika banjir berlaku, semua akan terbabit. Pasukan petugas khas, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), agensi berkaitan , Jabatan Kebajikan Masyarakat sedang buat persiapan termasuk pusat pemindahan sementara,” katanya semalam.

Takiyuddin pada masa sama berkata, keselamatan banjir dan PRU 15 itu bergantung kepada kawasan dan lokasi serta mengambil kira mereka yang akan terbabit dengan kerja menghadapi banjir seperti agensi kerajaan, bomba dan polis.

“Bagi kita (PAS) lebih baik PRU15 tidak diadakan kerana sudah ada indikator akan berlaku banjir lebih awal,” katanya.

Tamat