Makin hairan sesetengah menteri di Malaysia kini, umpama anak di rumah dibiarkan mati kelaparan, beruk di hutan pula disusukan.

Itu yang berlaku apabila Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan sibuk mahu membawa masuk 10,000 pekerja asing dari Sri Lanka sebagai usaha membantu negara tersebut, atau jumpa adik beradik di sana?

Sepatutnya Saravanan melihat sendiri keadaan Malaysia yang baru pulih daripada masalah ekonomi selepas dilanda era COVID 19.

Pada masa sama, golongan ini mungkin membawa virus lain bersama mereka yang bakal menjadi ancaman buat rakyat Malaysia.

Usaha Saravanan menggesa majikan dan pihak yang terlibat untuk membantu mengambil pekerja asing dari Sri Lanka ini berkerja sepatutnya dipersoalkan.

“Saya menggesa penggiat industri dan majikan untuk menyokong niat Kerajaan dengan mengambil pekerja migran Sri Lanka ini bekerja dan dalam memenuhkan kekosongan dalam sektor-sektor terlibat,” jelas Saravanan.

Alasan mahu untuk membantu Sri Lanka yang dilanda krisis ekonomi baru-baru ini langsung tidak boleh diterima akal.

“Majikan yang sudah mendapat kelulusan kuota mereka dan telah membayar levi boleh mengambil peluang ini,” tambahnya lagi.

Tamat