Seorang bapa tiri tak ubah seperti syaitan apabila mencekik, memukul anak tiri sehingga lebam sebelum dicekup pihak polis apabila tular di media sosial di mana seorang gadis mendakwa dirinya didera oleh bapa tiri.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat, pihak polis telah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung dengan kejadian memukul anak tiri di sebuah rumah yang dimuat naik oleh mangsa.

Melalui siasatan awal mendapati laporan polis sudah dibuat oleh remaja berusia 19 tahun itu pada 18 Ogos lalu dan suspek adalah bapa tiri mangsa.

Suspek ditahan pada hari yang sama dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumah tangga.

Terdahulu, seorang pengguna di Instagram, @d4hleea memuat naik beberapa foto kecederaan yang dialami olehnya serta audio jeritan ketika dia dipukul.

Tamat