Seluruh dewan terkejut apabila atlet angkat berat Kedah yang baru mengangkat berat dan sedang menahan beban barbell tiba-tiba pengsan di atas pentas kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) kali ke-20, semalam
Pada awalnya, seorang peserta yang mewakili pasukan Kedah dilihat tampil ke pentas dengan yakin dan tiada masalah untuk mengangkat beban seperti dipertandingkan.
Walau bagaimanapun, tiba-tiba sahaja atlet berkenaan tiba-tiba pengsan ketika sedang menahan ‘pemberat’ berkenaan untuk beberapa ketika sebagai kelayakan.
Mujurlah besi angkat berat tersebut tidak terpelanting ke arah mana-mana bahagian badan pemuda berkenaan. Sejurus kejadian, pasukan perubatan yang sudah standby berdekatan terus bergegas untuk periksa keadaan peserta tersebut.
Tamat