“Panas tak apa, jangan koyak. Koyak teruk sangat, cuit sikit sahaja pun. Manja sangat anak sapa ha (ya). Hati mau brutal, baru boleh nak bertujai,” itu kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Jumaat lalu.

Beliau tidak pun merujuk kepada mana-mana pihak mahupun individu secara terus dengan kenyataan berkenaan cumanya individu tersebut tidak boleh mudah berasa hati dan tahu mengadu sahaja.

“Panas tak apa, jangan koyak. Koyak teruk sangat, cuit sikit sahaja pun. Manja sangat anak sapa ha (ya). Hati mau brutal, baru boleh nak bertujai.

“Kalau nak bertujai (bertikam lidah) dengan orang lepas itu balik mengadu kat pak (bapa) baik tak payah.

“Mana-mana individu perlu mempunyai hati yang kuat dan dan tidak mudah ‘koyak’ jika mahu berdebat dalam sesuatu isu,” katanya.

Walaubagaimanapun tidak dinyatakan secara jelas kenyataan berkenaan ditujukan kepada siapa, sama ada parti politik lawan mahupun penyokong pasukan bola sepak.

“(Hati) mau keras la sikit. Agak nak koyak pi habaq (mengadu) kat pak teruk la lagu tu (macam itu), baik toksah (tak payah) berkawan dengan orang,” tegasnya.