Orang ramai dinasihat supaya tidak panik apabila berlakunya kekurangan telur di pasaran tempatan. Ini kerana dikatakan kekurangan itu hanya bersifat sementara sahaja.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Azman Mohd Yusof berkata, masalah teknikal seperti penghantaran lambat dan pesanan tidak dibuat mengikut waktu sepatutnya, dikenal pasti menjadi punca masalah tersebut.

“Memang baru-baru ini ada kekurangan bekalan telur ayam di beberapa kawasan seperti Langkawi, Hulu Terengganu dan Jerantut, tetapi penguat kuasa kita segera turun menyiasat selepas mendapat maklumat.

“Masalah yang berlaku berjaya diselesaikan dengan cepat hasil kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Contohnya, jika aduan kehabisan telur pada sebelah pagi, sebelah petang dah ada bekalan balik, tidak berlaku dalam tempoh yang panjang,” katanya.

Tamat