“Kalau desakan demi desakan datang, saya nak fikir tentang diri sendiri…susah. Jadi kalau desakan datang sampai tak ada orang dah, saya terimalah,” itu jawapan Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Menurutnya beliau sedia untuk kembali dilantik menjadi perdana menteri bagi kali ketiga, sekiranya terus menerima desakan dan tiada calon lain yang bersesuaian.

Walaubagaimanapun menurutnya sekiranya kembali menjadi Perdana Menteri, beliau berkemungkinan tidak merancang menjawatnya sehingga tempoh lima tahun.

“Kalau nak fikir tentang kedudukan, saya lebih suka kalau boleh berehat. Tetapi walaupun berehat, saya akan main peranan sebagai pakar rujukan atau memberi nasihat. Itu boleh buat.

“Saya tidak menubuhkan PEJUANG untuk jadi perdana menteri kali ketiga. Itu bukan niat saya. Saya cuma nak tentukan dasar yang menolong orang Melayu dapat dilaksanakan oleh kerajaan yang prihatin, yang sayang kepada bangsa, negara dan agama,” katanya.

Tamat