“Beliau jumpa dan bincang setengah jam lepas itu tidak jadi apa-apa. Itu baiknya dia lapor pada saya… Saya pun kalau jumpa sesiapa, kita lapor balik. Tidak ada benda yang kita sorok,” katanya.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai hantaran mengenai pertemuan itu yang turut disertai oleh Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Pas diwakili Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di laman Facebook rasminya.
“Saya tanya balik adakah mereka mahukan UMNO bersama dengan mereka (Pas)?
“Itu sebab dalam perbincangan malam tadi menunjukkan bahawa hubungan kita mantap dan kukuh,” katanya.
Tambah beliau, sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak tertentu adalah hak individu tersebut.
“Kadang-kadang mungkin beliau rujuk atau tidak kepada sesiapa, saya tak tahu.
“Tapi pertemuan semalam menggambarkan bahawa yang lebih penting adalah pertemuan terkini kita menjelaskan bagaimana hubungan kita dan kenyataan yang saya telah buat jangan disalah tafsirkan,” katanya.
Mengulas mengenai kerusi pada Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU15) Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu, perikatan itu akan menentang mana-mana parti yang tidak sehaluan.
“Dalam PRU15, kita akan tentang dan apa sahaja yang menentang kita bukan kawan kita, mudah sahaja.
“Jadi kita lawan dan biar rakyat yang putuskan,” katanya.
Tamat