Semasa mengorbit bumi, seorang Angkasawan Agensi Angkasa Eropah (ESA), Samantha Cristoforetti secara tidak langsung merakam imej yang memaparkan kelibat kelihatan seperti ‘malaikat angkasa’.
Dari sudut pandangannya di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), laluan yang ditinggalkan oleh penerbangan itu mencetuskan imaginasi beberapa pemerhati.
Pakar teknologi untuk laman web CNET, Amanda Kooser, menyamakannya dengan figura malaikat dengan sayap terbentang sedang naik ke orbit.
Manakala blog IFLScience menyifatkan ia sebagai malaikat angkasa yang hebat.
“Wah, hampir kelihatan seperti adegan dari filem angkasa tahun 1960-an. Tidak kelihatan nyata. Cantik tetapi kelihatan tidak nyata,” tulis seorang pengguna media sosial.
Cristoforetti yang akan mengambil alih peranan komander ISS berkata, ia adalah salah satu rakaman pemandangan menakjubkan dari angkasa lepas.
Cristoforetti secara rasmi akan mengambil alih daripada rakan anak kapal Ekspedisi 67, Angkasawan Rusia, Oleg Artemyev.
Satu upacara penyerahan tugas dengan majlis simbolik penyampaian kunci daripada komander terdahulu akan berlangsung pada 28 September 2022. – Agensi
Tamat